[Pandangan] - Dr M: “….This man (Anwar) can convince even the devil to follow him”!

Penulis tertarik dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang dipetik The Star seperti dibawah:

————————————————————

Wednesday August 27, 2008 MYT 2:18:02 PM

Dr M: Anwar won’t get 30 MPs

By MAZWIN NIK ANIS

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim may have won the Permatang Pauh seat and claimed his stake in Parliament, but he would not be able to get 30 MPs to switch to the Opposition to form the government, Tun Dr Mahathir Mohamad said.

The former prime minister said the Parti Keadilan Rakyat adviser might think he could “buy” MPs to jump to his camp but it would be impossible for him to “outbid the other bidders who have more money.”

“The Permatang Pauh by-election results is a clear message for Barisan Nasional, Umno and its leaders. Within five months after the March 8 polls, Barisan lost the seat again, with a bigger majority than the last time.

“This is not only because the by-election was held in Permatang Pauh and one of the candidates was Anwar Ibrahim. I believe this will be the trend at other places as well and those who came out to vote on Tuesday had voted for the Opposition,” he said when met at his office on Wednesday.

Anwar won the Permatang Pauh seat with a thumping majority of 15,671. His victory marks a return to Parliament for the PKR adviser after an enforced absence of 10 years.

With the victory, Anwar will take over as the parliamentary Opposition leader. The PKR de facto leader last won the Permatang Pauh seat in 1995 with a majority of 23,515 votes.

Dr Mahathir predicted that with Anwar back in Parliament, he would be making “life very difficult” for Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“I don’t think Abdullah is a match for Anwar. This man (Anwar) can convince even the devil to follow him. He is going to raise all kinds of issues and questions and will demand and pressure the Prime Minister for answers. It is going to be a tough time for Barisan,” he said.

Dr Mahathir said Abdullah, his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak and other leaders should not close their “ears and eyes” to the people’s message and neither should they blame the Permatang Pauh defeat on sabotage or other elements.

“The people sent a message at the March 8 polls and again in the Permatang Pauh by-election. Leaders should sit up and take stock of this. They want changes and they want it quick. Not in June 2010.

“If changes are made two years from now, then Umno will face an uphill task to gain strength and the people’s confidence. If they fail to do so, then Barisan can expect defeat in the 13th general election,” he said, adding he was willing to come back to the party’s fold and work towards reviving it if Abdullah step down before the 2010 deadline.

He said Umno should be concerned that it was losing in popularity and appeal, claiming that even DAP had become more appealing to Malays, referring to former Transparency International Malaysia chairman Tunku Aziz Tunku Ibrahim becoming the DAP’s latest recruit.

Published in: on August 27, 2008 at 6:46 am Comments (0)

[Pandangan] - Majlis Fatwa Mengenai Sumpah

Sila rujuk laporan Bernama dibawah mengenai Sumpah yang diputuskan oleh satu Mesyuarat Khas yang dipengerusikan Menteri di jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sekiranya ini adalah keputusan pihak berwajib, maka semua pihak perlu akur dan menjadikannya sebagai panduan.

………………………………………………………………………………………………………….

Bernama: 26 Ogos, 2008 19:31 PM

Lafaz Sumpah Hanya Selepas Proses Perundangan, Kata Majlis Fatwa Kebangsaan

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos (Bernama) — Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.

“Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

“Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam.

“Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.

“Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan.

Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah),” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.

Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.

Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

“(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang,” katanya.

Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend. Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya.

– BERNAMA

Published in: on at 12:12 am Comments (0)

[Pandangan] - Penjelasan Mufti Perlis

Berikut saya sertakan penjelasan S.S. Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin mengenai cadangan beliau agar Anwar dan Saiful bersumpah:

————–

“Ada sesetengah pihak yang tersalah sangka dengan menganggap bahawa cadangan saya untuk DSAI dan Saiful bermubahalah itu satu perangkap untuk menjatuhkan DSAI. Demi sesungguhnya tidak! Sebenarnya, sejak beberapa bulan yang akhir ini wujudnya persahabatan bukan politik antara saya dan DSAI. Sikapnya yang lebih lunak dan sering bertanya khabar agak menyenangkan. 

Apabila timbul isu liwat yang dibangkitkan oleh Saiful, maka saya bertanya hal tersebut kepada DSAI sendiri. Daripada penjelasannya beliau memaklumkan bahawa wujudnya konspirasi. Katanya, mahkamah dan polis akan dipergunakan. Saya yang bersimpati jika benar wujud konspirasi tersebut melihat imej beliau perlu dibersihkan dan perancangan buruk perlu dihentikan melalui satu proses yang menakutkan sesiapa yang khianat dan berdusta. Berdasarkan dakwaan DSAI, mahkamah dan polis tidak dipercayai.

Maka saya mencadangkan proses yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah yang diluar dari hukuman manusia sebaliknya menanti balasan Allah di dunia lagi iaitu Mubahalah. Harapan saya supaya mereka yang jahat akan takut seperti mana golongan Kristian Najran yang takut dengan laknat Allah s.w.t dan tidak berani bermubahalah dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Saya maklumkan secara perbualan telefon kepada DSAI bahawa niat saya membersihkan imej beliau dan beliau ketika itu tidak pertikaikan tujuan saya walaupun kelihatan beliau keberatan.

Tiba-tiba selepas cadangan dibuat dan -seperti pandangan-pandangan saya yang lain- ia mendapat liputan yang meluas, Saiful pula yang tampil mencabar DSAI untuk bermubahalah dan telah melaknat dirinya jika dia bohong. Sementara DSAI enggan menyahutnya atas alasan-alasan beliau. Maka, tiada sebarang konspirasi dalam cadangan ini, sebaliknya tujuan asalnya adalah untuk kebaikan beliau. Jika beliau enggan, maka para pengikutnya yang tidak perlu mempertikaikan pencadangnya”.

Rujuk: http://drmaza.com/home/?p=383

———————–

Fikir-fikirkan, renung-renungkan!

Published in: on August 25, 2008 at 11:48 pm Comments (0)

[Pandangan] - Sumpah!

Setiap hari keluar dalam akhbar dan TV mengenai sumpah yang dibuat oleh bekas pembantu Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan pada hari Jumaat lalu. Pelbagai ulasan dan komen dibuat oleh pelbagai pihak. Bermacam-macam hujah terpacul dari mulut masing-masing.

Beberapa hari sebelum Saiful Bukhari bersumpah, penulis ada menghubungi seorang kenalan di Kelantan. Sahabat penulis ini telah lama berkecimpung dalam PAS. Cukup taksub dengan Tok Gurunya, YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat.

Apabila bersembang mengenai kisah Anwar, penulis berkata kepada beliau bahawa dalam hal ini, cara terbaik adalah untuk Saiful dan Anwar bersumpah. Sebagai seorang Islam, itulah salah satu cara untuk meleraikan kekusutan dalam hal ini.

Maka sahabat penulis menyatakan bahawa, menurut Tok Gurunya, Dato’ Nik Aziz, Saiful perlu bersumpah dahulu, kerana Saiful yang membuat tuduhan. Sahabat penulis seolah-olah cukup marah dengan Saiful kerana berjanji nak bersumpah, tetapi masih belum menunaikannya.

Apabila Saiful bersumpah pada hari Jumaat lalu, penulis menghubunginya melalui SMS sebanyak 3 kali. Menyatakan bahawa Saiful telah bersumpah dan cara terbaik sekarang adalah Anwar turut sama bersumpah. Kemudian boleh ditutup buku. Namun, tidak mendapat sebarang respon daripada beliau. Entahlah, mungkin masih menunggu komen terbaik Tok Gurunya!

Semalam, penulis sempat bersembang sekejap dengan sahabat penulis yang tinggal di Kuala Lumpur. Seorang bekas pelajar MCKK, sekolah Anwar dahulu. Sahabat penulis bertanya, “Kalau orang bayar kau RM50juta, ko sanggup bersumpah tak?”. Penulis jawab, sebagai seorang Islam, aku takkan berdusta dalam sumpah, kerana sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Ya lah, kalau dapat RM1 billion pun, kalau Allah tidak memberkatinya, duit tersebut boleh hilang begitu sahaja dalam sekelip mata.

Jika dilihat, apa yang dipersoalkan sekarang ini adalah tindakan Saiful memegang Al-Quran semasa bersumpah. Ramai yang menyatakan bahwa sumpah Saiful itu menepati syaratnya. Cuma tindakan beliau bersumpah sambil memegang Al-Quran dan melakukannya didalam masjid yang banyak dipersoalkan.

Nampaknya, ramai yang telah lari dari isu sebenar. Apakah intipati sebenar yang perlu diambil dari tindakan Saiful bersumpah? Apa yang penting ialah “sumpah” beliau itu.

Apakah “sumpah” itu menepati syaratnya? Sekiranya ya, maka, konklusinya ialah Saiful telah bersumpah. Dimana beliau bersumpah, bukan perkara pokok. Ini kerana beliau bersumpah di Masjid. Lainlah kalau beliau bersumpah ditempat-tempat kotor seperti tandas!

Tindakan beliau memegang Al-Quran dipertikaitakan kerana dikatakan mengikut cara orang Kristian bersumpah. Ada yang mengatakan bahawa ianya seolah-olah mempermainkan Al-Quran.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali ucapan Wallahi, Wabillahi dan Watallahi cukup membuktikan bahawa seseorang itu bersumpah laknat, namun tindakan Mohd. Saiful memegang al-Quran semasa melakukannya adalah pilihan pemuda itu sendiri [Lihat Disini].

Dalam hal ini, menurut pengarah JAWI, tindakan memegang Al-Quran itu adalah pilihan Saiful sendiri. Soalnya, jika beliau mengetahui adalah memadai dengan hanya ucapan Wallahi, Wabillahi dan Watallahi, mengapa Saiful perlu mengambil tindakan memegang Al-Quran. Tentunya beliau mempunyai sebab tersendiri.

Penulis bukan ahli agama. Oleh itu penulis tidak boleh memberi ulasan mendalam tentang tentang hukum beliau memegang Al-Quran ketika bersumpah, hukum bersumpah didalam masjid didepan imam dan sebagainya.

Apa yang perlu dilihat ialah sumpahnya! Sepertimana orang ingin berkahwin. Apa yang penting adalah akad nikahnya serta memenuhi syarat-syarat nikah yang lain (pengantin lelaki, pengantin perempuan, saksi, wali dan akad). Soal dimana nikah tersebut dibuat, samada di masjid, dirumah pengantin lelaki, dirumah pengantin perempuan, di rumah tok imam, di Thailand dan sebagainya adalah bukan perkara pokok.

Begitu juga soal pakaian ketika upacara akad nikah. Adakah memakai baju Melayu itu menurut syariat Islam. Bagaimana sekiranya jika penganti lelaki memakai kot siap dengan bow tienya? Bukankah itu amalan orang bukan Islam juga!

Apakah hukumnya memberikan Al-Quran sebagai hantaran untuk perkahwinan? Adakah ianya dikatankan mempersendakan Al-Quran sepertimana sesetengah pihak mempersoalkan tindakan Saiful memegang Al-Quran?

Penulis tiada niat untuk mempertahan Saiful atau sesiapa. Tetapi, sedih apabila ramai yang tidak melihat perkara pokoknya dalam isu sumpah Saiful tersebut.

Sebagai seorang Islam, penulis percaya bahawa Allah SWT Maha Berkuasa. Sekiranya seseorang itu sanggup untuk dilaknat jika apa yang dikatakan beliau tidak benar, maka bagi penulis, pokoknya beliau sedia menerima sebarang akibat dari sumpah beliau.

Persoalan samada siapa bersalah atau tidak adalah persoalan lain. Sekiranya Saiful bersumpah laknat bahawa beliau diliwat Anwar, dan selepas ini Anwar bersumpah laknat bahawa beliau tidak melakukannya, maka secara peribadi penulis serahkan kepada Allah SWT.

Dalam hal ini, hanya Allah SWT, Saiful dan Anwar mengetahui perkara sebenarnya!

Ada juga yang berkata kepada penulis, sekiranya benarpun Anwar meliwat, apa yang perlu dirisaukan. Itu adalah hak peribadi beliau! Pehhhhhhh, merah telinga penulis mendengarnya.

Penulis hanya mampu menjawab, sekiranya Anwar tidak berhasrat menjadi pemimpin negara, tidak ingin menjadi Perdana Menteri, maka rakyat tidak perlu peduli hal peribadinya.

Tetapi dalam hal ini, Anwar dilihat sebagai seorang yang bakal diangkat oleh Pakatan Rakyat sebagai Perdana Menteri jika mereka dapat menguasai Parlimen!

Published in: on August 19, 2008 at 12:25 am Comments (32)

[Pandangan] - Pak Lah Kata Jangan Main Politik Wang

Penulis tertarik apabila membaca satu artikel di Berita Harian hari ini, 13 Ogos 2008. Artikel tersebut adalah seperti berikut:

 ————————————————————

Jangan main politik wang: Pak Lah

Oleh Azman Zakaria dan Nurul Farina Nazlan
bhnews@bharian.com.my

SERDANG: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli Umno tidak terbabit dalam politik wang dan meminta yang melakukannya segera menghentikan perbuatan berkenaan.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno turut mengingatkan ahli tidak tersilap memilih pemimpin yang menggunakan politik wang kerana ia akhirnya akan merugikan diri sendiri dan perjuangan parti.

Beliau berkata, tiada makna sokongan dan kemenangan yang diperoleh menggunakan politik wang.

“Saya harap semua yang terbabit kegiatan itu hentikanlah. Tak ada erti cari populariti guna politik wang, tak ada makna, tidak tulen jika seseorang itu mendapat sokongan dan kemenangan kerana menggunakan politik wang.

“Duit bukan ukuran, kalau guna politik wang akhirnya kita akan kerugian. Lain kali masa depan kalau main politik wang, orang kaya saja yang boleh pegang jawatan.

“Orang yang tak kaya dan tak ada wang bukan tak boleh (jadi pemimpin), seolah-olah dia tak boleh jadi pemimpin, bukan kerana dia tak boleh jadi pemimpin tapi kerana dia tak gunakan wang.

“Ini perkara yang perlu kita ingat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (Maha) 2008, di sini semalam.

Katanya, pemimpin mesti dipilih berasaskan kemampuan, kebolehan dan jasa membantu perjuangan parti yang akan memberi pemimpin itu harapan terus maju dan berjaya dalam perjuangan, kedudukan dalam parti serta kerajaan.

Ditanya dakwaan hukuman terhadap pesalah politik wang oleh Lembaga Disiplin parti tidak membawa makna kerana mereka yang tamat menjalani hukuman boleh bertanding semula, beliau berkata, setiap hukuman ada had masa dan selepas itu bebas bergerak seperti sebelumnya.

Abdullah juga berkata Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh melakukan siasatan dakwaan politik wang dalam Umno bergantung kepada kes yang memerlukan pembabitan badan berkenaan.

Ditanya mengenai laporan rasuah dan salah guna kuasa yang didakwa membabitkan beliau dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, Abdullah percaya dakwaan itu membabitkan pelan peralihan kepemimpinan kepada Najib.

Katanya, pelan peralihan itu diputuskan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti yang mahu ia diumumkan.

“Itu perkara penting yang dimaklumkan kerana ini perkara berkaitan peralihan kuasa,” katanya.

————————————————————

Wow! Pak Lah kata jangan main politik wang. Kenapa wujudnya politik wang?

Kalau ikut lojik akal, selepas BN gagal mendapat majoriti 2/3 dalam Parlimen dan UMNO seolah-olah hilang arah, tentulah minat masyarakat terhadap UMNO berkurangan.

Dalam pada UMNO menghadapi pelbagai ujian dan tekanan, ramai pula yang berminat untuk mendapatkan jawatan didalam UMNO. Mereka ini sanggup menggadaikan apa sahaja untuk jawatan.

Jika dahulu, politik wang hanya didengar di peringkat bahagian dan juga semasa pemilihan UMNO, sekarang ianya telah menular ke peringkat cawangan.

Untuk melihat lojik mengapa merebaknya politik wang ini keperingkat cawangan, maka kita kena melihat apa perasaan ahli akar umbi UMNO diperingkat cawangan selepas keputusan teruk BN dalam pilihanraya lalu.

Selepas keputusan mengejutkan pada pilihanraya ke-12 8 March lalu, ahli-ahli UMNO tidak senang duduk. Timbulnya pelbagai desakan dari peringkat ahli akar umbi agar kepimpinan UMNO ditukar. Terdapat desakan demi desakan agar Pak Lah meletakkan jawatan.

Pak Lah tetap dengan pendirian beliau untuk terus mengemudi UMNO. Apabila desakan semakin kuat, maka Pak Lah mengumumkan pada bulan lalu bahawa beliau bercadang untuk melakukan peralihan kuasa kepada Timbalan beliau, Dato’ Seri Najib pada pertengahan tahun 2010.

Jika semua pihak diperingkat akar umbi bersetuju dengan pelan peralihan kuasa ini, maka tidak akan ada usul dari cawangan agar orang lain selain dari Pak Lah dicalonkan ke jawatan Presiden UMNO.

Namun, sebaliknya berlaku. Terdapat usul dari sekitar 100 cawangan agar pemimpin lain (selain Pak Lah) dicalonkan untuk jawatan Presiden. Walaupun ini hanyalah sebahagian kecil dari sekitar 20,000 cawangan UMNO diseluruh negara dan usul dari cawangan ini tidak semestinya diterima bahagian, tetapi ianya memberi indikasi bahawa terdapat rasa tidak puas hati dikalangan ahli akar umbi UMNO kepada kepimpinan.

Penglibatan cawangan dalam mengusulkan agar pemimpin lain dicalonkan oleh bahagian sebagai Presiden tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO sebelum ini.

Mungkin lebih banyak cawangan yang tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan tetapi hanya mendiamkan diri atas sebab-sebab tertentu. Mungkin juga cawangan yang mengemukakan usul agar pemimpin lain (selain Pak Lah) dicalonkan untuk jawatan Presiden UMNO juga mempunyai sebab-sebab tersendiri.

Penulis tidak ingin mengulas lanjut tentang hal ini. Tetapi, berdasarkan situasi diatas dan gunakan lojik akal, cuba fikirkan apakah yang menyebabkan mengapa berlakunya politik wang diperingkat cawangan?????

 

Published in: on August 13, 2008 at 12:13 am Comments (0)

[Pandangan] - Rafidah oh Rafidah!

Penulis menghormati Tan Sri Rafidah Aziz sebagai seorang pemimpin wanita negara yang cukup berkebolehan, bukan sahaja di Malaysia, tetapi diperingkat dunia.

Tetapi, pengumuman beliau dua hari lalu bahawa Wanita UMNO Pusat telah memutuskan tiada pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita dan bahawa beliau akan menyerahkan jawatan kepada Naibnya Datuk Seri Sharizat Jalil pada bulan Jun 2009, membuatkan penulis tersentak.

Alasan yang diberikan Rafidah ialah beliau tidak mahu berlaku perpecahan didalam Wanita UMNO sekiranya berlaku pertandingan.

Kenapalah Tan Sri Rafidah memilih jalan sukar? Kenapa tidak lepaskan sahaja jawatan beliau sebelum pemilihan UMNO Disember ini? Kenapa tidak buat pengumuman bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan?

Inilah yang menjadi tanda tanya. Apakah kerana ego-politik! Tidak mahu dilihat sebagai lemah.

Menurut sumber-sumber, Wanita diperingkat Bahagian inginkan perubahan dan mahukan Rafidah berundur. Wanita inginkan Datuk Seri Sharizat mengambil tempat Rafidah.

Mungkin Rafidah telah dapat mencium kemarahan Wanita-wanita diperingkat akar umbi?

Nampaknya Rafidah telah mempelajari taktik ini dari bos beliau, Pak Lah!

Published in: on August 6, 2008 at 8:37 am Comments (1)

[Pandangan] - Prioriti Yang Tersasar

Telah lama penulis tidak menulis. Bukannya tidak ingin menulis, tetapi terlalu banyak perkara yang berlaku didalam negara akhir-akhir ini. Sekiranya hendak dianalisa dan dilihat secara objektif sesuatu perkara, ianya akan mengambil terlalu banyak masa.

Antara isu-isu hangat segenap pelusuk tanahair sekarang antaranya ialah:

i) Kenaikan harga barang-barang disebabkan kenaikan harga minyak.

ii) Tekanan ekonomi terhadap rakyat berpendapatan rendah dan sederhana disebabkan kenaikan kos hidup.

iii) Keadaan ekonomi negara yang tidak menentu dan seolah-oleh kehilangan arah.

iv) Ketidaktentuan ekonomi dunia yang bakal memberi impak besar kepada negara.

v) Pelbagai kes penyelewengan melibatkan ramai pegawai-pegawai atasan kerajaan.

vi) Perbincangan antara PAS dan UMNO.

vii) Kes liwat yang sedang disiasat polis melibatkan Anwar Ibrahim.

viii) Tuduhan konspirasi Anwar mengenai dakwaan liwat terhadapnya.

ix) Tawaran UMNO Perak untuk membentuk kerajaan campuran dengan PAS di Perak.

x) Tindakan Singapura yang ingin isthiharkan EEZ di sekitar Batu Putih.

xi) Pemilihan Cawangan UMNO - ada cawangan yang inginkan Pak Lah berundur.

xii) Peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib.

Senarai ini ini berterusan hingga tiada kesudahannya. Tapi, jika dilihat percakapan dan tindakan pemimpin kita sekarang, tentunya ramai yang menggaru kepala.

Kemana kita sebenarnya? Apa prioriti kita? Yang mana sepatutunya didahulukan dan yang mana patut di kemudiankan.

Adakah kesejahteraan rakyat diutamakan? Sekiranya ya, kemana halatuju negara kita? Keadaan ekonomi berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat. Tapi, dalam keadaan tekanan ekonomi yang semakin mendesak, apa langkah kita?

Dari segi polisi-polisi berkaitan dengan ekonomi, kenapa tiada satu polisi konkrit dan komprehensif melibatkan pelbagai perkara berkaitan dikeluarkan.

Kenapa lepas satu, satu, polisi baru diperkenalkan? Kenapa selepas suatu keputusan dibuat, ianya ditarik balik semula (e.g. cadangan pembayaran gaji kakitangan awam dua kali sebulan)?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Adakah pemimpin kita terlalu banyak berpolitiking?

Sendiri mau fikir.

Sebagai renungan, baca disini.

Published in: on July 31, 2008 at 7:31 am Comments (0)

[Pandangan] - Anwar Bukanlah Segala-galanya

Semalam Penasihat PKR, Anwar Ibrahim ditangkap polis untuk disiasat mengenai laporan polis oleh bekas pembantunya bahawa beliau telah diliwat Anwar. Pagi tadi, beliau dilepaskan dengan jaminan polis.

Setelah tangkapan dibuat semalam, maka bermulalah satu episod baru dalam politik negara. Ramailah bersembang diseluruh pelusuk negara mengenai kisah ini.

Bak kata seorang rakan, di kedai-kedai makan terdapat ramailah masyarakat yang secara tiba-tiba menjadi “peguam”, “pakar forensik”, “sainstist” tidak rasmi. Masing-masing keluar dengan hujah mereka. Bergegar meja makan ditepuknya!

Fuhh, dalam keadaan panasnya isu tersebut, maka antara industri yang pesat membangun dalam keadaan ekonomi yang suram ialah industri penerbitan (terutamanya akhbar, samada bercetak atau elektronik) dan juga industri makanan.

Ramailah yang bersembang dikedai-kedai kopi cuba merungkai isu penahahan dan tuduhan terhadap Anwar.

Dalam membantu saudara-saudara kita merungkai dan membincangkan masalah ini, penulis rasa mungkin sedikit panduan ringkas ini boleh membantu:

i) Perlu diingat, Anwar bukanlah segala-galanya dalam hidup kita. Pelbagai perkara, isu, masalah, bantuan dan perkara-perkara lain yang perlu diberikan keutamaan.

ii) Perlu diingat, tiada seorangpun manusia dimuka bumi ini MAKSUM (melainkan Rasulullah SAW). Jadi sesiapa pun, waima Ulamak muktabar tidak pernah terlindung dari melakukan kesalahan.

iii) Tiada siapa pun mengetahui tentang perkara sebenar kecuali Allah SWT, mereka yang menuduh, mereka yang dituduh. Jadi apapun komen atau hujah Sdr, akhirnya Sdr tidak akan menemui jawapannya.

iv) Apa-apa pun hukuman sekiranya dijatuhkan oleh mahkamah, itu hanyalah hukuman dunia. Sekiranya mereka yang tidak bersalah, dihukum bersalah, ianya hanya berdasarkan hukuman dunia. Begitulah sebaliknya. Jika mereka yang bersalah dihukum didunia bahawa tidak bersalah, di akhirat tidak bermakna mereka ini tidak bersalah.

Jika 4 perkara ini dijadikan asas, InsyaAllah, negara akan aman damai.

Published in: on July 17, 2008 at 7:48 am Comments (0)

[Pandangan] - Kenapa Pertengahan 2010 Pak Lah?

Sudah lama penulis tidak mencoret di blog ini. Penulis sebenarnya cuba memahami dan melihat scenario politik Malaysia yang tiada tolok banding dari segi kompleksitinya.

Selepas akuan bersumpah bekas penyiasat persedirian Razak Baginda, Balasubramaniam, esoknya akaun bersumpah itu ditarik balik, kemudian Anwar pula membawa kes laporan polis beliau ke Mahkamah Syariah, nampaknya sedikit sebanyak kita boleh terus membaca strategi politik Anwar.

Penulis tidak bercadang untuk menyambung penulisan mengenai strategi politik Anwar. InsyaAllah, jika berpeluang penulis akan menyambung tulisan berkaitan isu tersebut.

Apa yang penulis tertarik untuk mengulas ialah mengenai peralihan kuasa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi semalam. Menurut Abdullah, beliau akan menyerahkan kuasa kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib pada pertengahan 2010. Alasan yang diberikan oleh Pak Lah ialah beliau ingin menyelesaikan semua projek-projek yang telah dirancang. Beliau juga berkata, peralihan kuasa pada 2010 juga membolehkan Dato’ Seri Najib mempunyai cukup masa untuk menyaipkan parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Kita tidah berhak mempersoalkan keikhlasan seseorang. Namun, dari sudut strategi politik, penulis melihat beberapa kesimpulan dan persoalan yang boleh dibuat dan timbul dari pengumuman peralihan kuasa oleh YAB Dato’ Seri Abdullah.

1) Ianya secara tidak langsung menunjukkan bahawa Pak Lah mengetahui dan menyedari bahawa ahli-ahli UMNO cukup marah dengan beliau. Jika sebelum ini Pak Lah selalu menyebut bahawa beliau mendapat sokongan padu banyak pihak, pengumuman semalam menunjukkan sebaliknya.

Ini kerana, sekiranya benar Pak Lah terus mendapat sokongan padu pelbagai pihak, mengapa beliau perlu berhenti separuh jalan? Mengapa beliau tidak terus memimpin UMNO dan BN dalam Pilihanraya Umum ke-13 (kebetulan ianya no kegemaran beliau!!!).

Mengapa beliau perlu bersusah payah menghabiskan sumber, tenaga dan kudrat mempertahankan kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO pada Disember ini jikalau ianya sekadar untuk 1 1/2 sahaja (iaitu dari Dis 2008 hingga Jun 2010).

2) Ianya juga menunjukkan bahawa Pak Lah sedar, sekiranya beliau terus memimpin UMNO dan BN dalam Pilihanraya Umum ke-13, ianya boleh mengkuburkan parti dalam pilihanraya tersebut. Ini kerana, secara lojiknya, selepas berhempas pulas mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan menyatakan bahawa beliau mendapat sokongan semua pihak, tiada sebab Pak Lah perlu meletakkan jawatan pada pertengahan 2010.

3) Pak Lah menyedari bahawa kedudukan beliau dalam pemilihan UMNO Disember ini tidak selamat. Pengumuman yang dibuat kurang seminggu dari tarikh mesyuarat cawangan juga mengukuhkan teori ini.

Apabila Pak Lah mengumumkan peralihan kuasa, secara tidak langsung Dato’ Seri Najib akan “terus” mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan Disember nanti. Sekiranya ini berlaku, maka Pak Lah akan selamat, kerana Najiblah saingan paling dekat beliau.

Najib dalam hal ini telah “checkmatekan” oleh Pak Lah. Ini terbukti didalam sidang akhbar sewaktu pengumuman peralihan kuasa dibuat, beliau menyeru agar bahagian-bahagian mencalonkan Pak Lah ke jawatan Presiden dan beliau akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

4) Persoalannya, adakah bahagian-bahagian UMNO akan menerima “nasihat” Najib agar mencalonkan Pak Lah. Ingatkah kita sejarah pertandingan Anwar dan Ghafar untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO!

Secara peribadi, penulis melihat bahawa akan terdapat satu tsunami di peringkat bahagian untuk mencalonkan Najib sebagai Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden. Tsunami ini tidak akan dapat dikekang oleh pengumuman peralihan kuasa pada 2010.

Jika ianya rezeki Najib dan Muhyiddin, InsyaAllah gandingan Pahang-Johor seperti dizaman Allahyarham Tun Razak akan menjadi kenyataan pada Disember ini.

Published in: on July 11, 2008 at 2:01 pm Comments (0)

[Pandangan] - Strategi Politik Anwar (Bhgn 3)

Dalam Siri Strategi Politik Anwar sebelum ini, penulis menceritakan tentang apakah persamaan dua sasaran Anwar iaitu sasaran 10 tahun dahulu (Dr Mahathir) dan kini (Dato’ Seri Najib). Atas tindakan pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang, kredibiliti mereka pada pandangan masyarakat telah terjejas. Bila kredibili mereka terjejas, kepercayaan rakyat terhadap tindak tanduk, percakapan dan ucapan mereka akan diragui, terutamanya oleh penyokong fanatik Anwar.

Nampaknya usaha untuk menjatuhkan kredibiliti Dato’ Seri Najib diteruskan. Semalam Anwar bersama dengan bekas penyiasat peribadi Abdul Razak Baginda didalam hal berkaitan Altantunya, iaitu P Balasubramaniam telah mengadakan satu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar tersebut, Balasubramaniam telah mendedahkan tentang akuan bersumpah yang ditandatangani beliau mengenai maklumat-maklumat yang didengarinya dari Altantunya dan Razak Baginda [Lihat Disini][Lihat Disini][Lihat Disini].

Mstar Online menyiarkan skrip sesi soaljawab Anwar dan para wartawan [Lihat Disini]. Apa yang sepatutnya ditekankan oleh semua media adalah soalan ini:

Soalan:
Razak dan Altantuya memberitahu maklumat yang berbeza kepada anda. Razak menyatakan bahawa Altantuya ada hubungan dengan Datuk Seri Najib, manakala Altantuya mengakatan bahawa dia sudah berkahwin dengan Razak. Tidakkah anda terkejut dengan kenyataan-kenyataan berbeza ini? Adakah anda mendapatkan kepastian lanjut?

Jawapan:
Penguam Balasubramaniam menjawab bagi pihaknya.

Americk Singh Sidhu:
Apa yang dinyatakan dalam kenyataan bersumpah Balasubramaniam bukan kenyataan yang benar. Itu adalah kenyataan mengenai apa yang telah diberitahu kepadanya oleh Razak dan Altantuya. Itu tak bermakna apa yang dia dengar adalah betul sepenuhnya. Jadi saya rasa sangat susah untuk dia jawab soalan ini. Sama ada betul atau tidak, ia perkara lain.

Oleh yang demikian, Akuan Bersumpah tersebut adalah apa yang dikatakan oleh Balasubramaniam bahawa beliau mendengarnya dari Razak Baginda dan Altantunya.

Maka, ianya diakui sendiri oleh peguam Balasubramaniam bahawa apa yang didengarinya belum tentu benar.

Inilah lagi satu strategi untuk menjatuhkan kredibiliti Najib ketahap paling rendah. Sidang media dibuat seolah-olah ada bukti yang cukup besar. Tetapi intipatinya hanyalah cakap-dengar sahaja. Tiada sebarang bukti kukuh setakat ini!

Apabila ditanya wartawan:

Soalan:
Adakah terdapat maklumat-maklumat lain yang berkaitan?

Jawapan:
Kami akan kemukakan maklumat yang lain dalam tempoh terdekat. Ini bukan penghujung segala-galanya. Harap bersabar. Maklumat lain akan dikeluarkan.

Perdana Menteri kata segalanya harus dilakukan dengan cara yang profesional. Beliau juga memberi jaminan kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah (Wan Ismail) dan Nurul Izzah bahawa kes ini akan disiasat, semasa pertemuan mereka.

Namun 10 minit kemudian, Perdana Menteri buat kenyataan lain yang mengatakan bahawa dia percaya sepenuhnya dengan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Kenapa maklumat lain tidak disertakan sekali? Sekiranya ada maklumat, ianya patut disertakan terus bagi membuktikan Najib terlibat. Pelbagai cerita kononnya ada gambar Najib bersama Altantunya, sehingga ada penyokong fanatik Anwar memalsukan gambar!

Jadi, apakah yang cuba dilakukan sebenarnya? Penulis melihat ini adalah satu strategi untuk melambatkan permainan dan “membeli masa”. Seperti dalam bolasepak, apabila pasukan yang mendahului lawan, ada ssetengah pasukan yang sengaja melambatkan permainan adalah untuk memastikan kemenangan mereka.

Sebenarnya, belum tentu pasukan itu kuat dan menguasai permainan tersebut. Cuma, dengan melambatkan permainan, ianya akan membuang banyak masa dan menyekat peluang lawan untuk menjaringkan gol. Akhirnya perlawanan tamat dan kemenangan memihak kepada mereka.

Begitulah dalam serangan Anwar terhadap Najib. Adakah benar beliau mempunyai bukti. Sekiranya benar, maka kredibiliti Najib akan terjejas teruk.

Tapi sekiranya benar, kenapa ditangguhkan! Penulis melihat ini sebagai mungkin satu usaha yang boleh menyebabkan rakyat terus melihat Najib seolah-olah terlibat dengan pembunuhan Altantunya.

Jika kita ingat kisah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor. Kisah Ezam dan kotak-kotaknya masih segar dari ingatan. Diwaktu itu Ezam berkata beliau mempunyai berkotak-kotak bukti bahawa pimpinan UMNO terlibat dalam pelbagai rasuah.

Sehingga kehari ini, tiada satu kotak pun yang ditunjukkan Ezam! Tiada pun bukti yang dikatakan berkotak-kotak itu dikemukakan kepada umum. Sehinggalah beliau kembali semula kepada UMNO.

Itu adalah strategi yang digunakan oleh anak didik Anwar sewaktu beliau berada didalam keadilan dahulu. Itu sekadar penangan dari anak buah Anwar, si Ezam! Tentulah strategi dari Sifu Politik Ezam, Anwar Ibrahim lebih ampuh!

Apapun kita tunggu bukti yang dikatakan Anwar. Sekiranya benar, maka rakyat perlulah menerima hakikat tersebut. Sekiranya tidak benar, maka rakyat juga harus menerima hakikat tersebut.

Dalam pada kita menunggu, kita cuba-cuba segarkan memori kita tentang kisah Arsenik dan Virus HIV yang diwar-warkan dahulu……Hingga hari ini, nampaknya empunya diri sihat walafiat, Alhamdulillah…

Dan, satu lagi….jangan mudah lupa….bahawa Melayu Mudah Lupa (seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir.

 

Published in: on July 4, 2008 at 2:03 am Comments (0)