[Pemulihan UMNO] – Hayatilah Lagu Warisan

Melihat perkembangan politik tanahair kebelakangan ini, sekali lagi disertakan lagu Warisan. Hayatilah lagu ini….

Lagu Warisan

 

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Maha Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara

Published in:  on May 1, 2008 at 12:36 pm Comments (1)

The URI to TrackBack this entry is: http://radzijidin.wordpress.com/2008/05/01/pemulihan-umno-hayatilah-lagu-warisan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One Comment Leave a comment.

  1. Satu lagi contoh kelemahan dasar kerajaan. Petikan dari Utusan Malaysia 3 May 08:

    12,000 lepasan SPM terima biasiswa JPA

    KUALA LUMPUR 2 Mei – Semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang memperoleh keputusan 9A ke atas layak menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi melanjutkan pelajaran tanpa mengira latar belakang pendapatan keluarga mereka.

    Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, sebelum ini penajaan JPA agak terhad kerana beberapa perkara seperti faktor pendapatan keluarga dan persaingan tinggi di kalangan lepasan SPM.

    ”Tetapi kini, semua pelajar lepasan SPM 2007 yang mendapat 9A ke atas layak menerima biasiswa kerajaan tanpa mengira latar belakang keluarga masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Menurutnya, bilangan tersebut melibatkan penajaan 2,000 pelajar ke luar negara di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan 10,000 pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

    Katanya, penerima-penerima biasiswa ini termasuklah pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam sekolah bantuan penuh kerajaan dan program matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran.

    ”Penajaan kepada kumpulan ini akan diteruskan sehingga ke peringkat ijazah pertama di IPT tempatan,” katanya.

    Menurutnya, selain kumpulan itu, penajaan biasiswa JPA tersebut turut melibatkan pelajar-pelajar yang mendapat tempat di universiti-universiti elit di luar negara serta beberapa kampus cawangan universiti luar di negara ini.

    Beliau menambah, keputusan ini dibuat memandangkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam SPM didapati semakin meningkat saban tahun.

    ”Justeru, keputusan ini mampu menarik minat para pelajar melanjutkan pelajaran di IPT tempatan serta selari dengan hasrat kerajaan yang berhasrat melahirkan modal insan yang berinovatif,” ujarnya.

    Komen saya: Apakah rasional kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar dari golongan yang berada? Bukankah lebih baik biasiswa tersebut diberikan kepada pelajar miskin yang hanya mendapat 5,6,7 atau 8 A sahaja, berbanding kepada pelajar kaya yang mendapat 9A. Umum mengetahu, keluarga kaya (yang amnnya tinggal di bandar besar) mampu memberikan prasana yang terbaik untuk anak-anak mereka cemerlang di dalam pelajaran, contohnya dengan menghantar anak ke kelas tuisyen. Sekolah2 di bandar juga mempunyai prasana dan guru ynag lebih baik dari sekolah di luar bandar. Justeru itu, pelajar kaya yang mendapat 9A, taraf kebijaksanaan mereka mungkin setaraf dengan pelajar miskin yang hanya mendapat 6A.
    Di manakah kebijaksanaan pemimpin (menteri) kita di dalam merangka dasar negara? Atau mereka tidak endah memikir masalah negara kerana masa dan kudrat dipenuhi dengan agenda lain?


Leave a Comment