[Pandangan] - Kenapalah Najib Jawab Artikel RPK!

Politik penuh dengan strategi, muslihat, taktik, umpan, jerat, jerangkap samar, jerangkap yang tak samar, nista, fitnah, kutuk, maki, herdik dan pelbagai lagi.

Mereka yang berpengalaman dalam politik pastinya sudah masak dengan pelbagai taktik musuhnya. Untuk ahli politik yang hebat, perkara-perkara seperti fitnah tanpa bukti, nista, cemuhan dan sebagainya, dibiarkan sahaja.

Semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, pelbagai fitnah, tuduhan dan cemuhan dihalakan kepada beliau. Ada sampai yang mendakwa Dr Mahathir menonton filem lucah dengan cucunya!! Tetapi, sebagai orang lama dalam politik, Dr Mahathir tidak mengambil acuh isu-isu sebegini.

Jadi, apabila Raja Petra menyiarkan kisah “Let’s send the Altantuya murderers to hell” didalam Malaysia Today, penulis membacanya sebagai satu tulisan biasa oleh Raja Petra [Lihat Disini]. Didalam tulisan itu, disebut nama YAB Dato’ Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebagai seorang ahli politik berpengalaman, penulis menjangka Dato’ Seri Najib akan hanya membiarkan sahaja tuduhan-tuduhan tanpa bukti tersebut dilemparkan kepada beliau. Penulis melihat isu-isu yang ditimbulkan berkaitan dengan Dato’ Seri Najib sejak sekian lama adalah memang dirancang bagi memaksa beliau membuka mulut. Setelah beliau membuka mulut dan menafikan, maka tercapailah hasrat mereka ini untuk melihat Dato’ Seri Najib bersuara. Apabila Najib bersuara, maka gerakan susulan akan dibuat yang seterusnya boleh memburukkan imej beliau. Jadi, penulis awalnya penulis menjangka Najib telah menyedari perangkap ini.

Namun, selang beberapa hari, Setiausaha Akhbar Dato’ Seri Najib, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan tulisan Raja Petra [Lihat Disini] [jawapan Raja Petra Lihat Disini].

Dah!, pelanduk sudah masuk kejerat! Tindakan menjawab tuduhan-tuduhan tanpa bukti tersebut adalah tindakan yang ditunggu-tunggu oleh musuh Dato’ Seri Najib. Ini amat mengejutkan penulis. Kenapa Dato’ Seri Najib mengambil keputusan untuk menjawab tuduhan tersebut. Sepatutunya ianya didiamkan sahaja, “Elegent Silence” - meminjam kata Tun Musa Hitam.

Jawapan yang diberikan oleh Setiausaha Akhbar Dato’ Seri Najib tidak dapat membantu apa-apa dalam meningkatkan imej beliau! Apa kesan positifnya kenyataan akhbar tersebut kepada Dato’ Seri Najib? Bagi penulis, tiada hasil positif yang jelas. Tapi, kesan negatifnya terlalu banyak. Siapalah yang telah menasihatkan beliau berbuat demikian?

Apabila Najib menafikan secara langsung, maka sudah tentunya ianya akan berpanjangan. Raja Petra ditahan dan akan didakwa Oktober ini. Beliau enggan diikat jamin dan berehat dipenjara. Maka, pembangkang menimbulkan pelbagai isu pula berkaitan dengan penahanan Raja Petra.

Isu-isu berkaitan ini akan terus dimainkan oleh musuh-musuh Dato Seri Najib. Maka ianya akan terus berlarutan. Apabila dibicarakan nanti dalam bulan Oktober, isu ini akan menjadi lebih panas.

Penulis teringat akan pemilihan Bahagaian UMNO akan bermula pada bulan Oktober!

Published in: Uncategorized on May 8, 2008 at 12:45 am

The URI to TrackBack this entry is: http://radzijidin.wordpress.com/2008/05/08/pandangan-kenapalah-najib-jawab-artikel-rpk/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 Comments Leave a comment.

  1. On May 8, 2008 at 6:37 am MHS Said:

    Saya bersetuju dengan penulis. Dalam hal ini, pemenangnya ialah RPK. Memandangkan RPK tidak mengaku salah, beliau mengatakan mempunyai bukti untuk mempertahankan diri beliau di mahkamah. Justeru itu, perbicaraan RPK itu kelak akan menjadi medan untuk menghentam Najib & Rosmah. Saya menjangkakan peguam RPK (yang mungkin akan diketuai oleh Karpal Singh & sons) akan menggunakan peluang itu untuk mendedahkan kepincangan sistem runding terus (direct nego) yang diamalkan sekarang. Umum mengetahui, direct nego menguntungkan kroni. Maka, akan terserlahlah nanti siapa pemilik syarikat yang mengaut untung/komisen dari pembelian senjata tersebut. Akhirnya, siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka….

  2. On May 8, 2008 at 7:09 am radzijidin Said:

    MHS, ayat terakhir tu “Akhirnya, siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka…”, walau nampak simple, tetapi maknanya amat mendalam dalam konteks cerita diatas.

Leave a Comment