[Pemilihan UMNO] – Muhyiddin Menyebabkan Air di Dua Kawah Menggelegak!

The Star beberapa hari lalu menyiarkan temuramah dengan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin [Lihat Disini]. Sejurus selepas berita tersebut dikeluarkan, Muhyiddin menjadi buruan wartawan. Selepas Majlis Sambutan Kelahiran UMNO ke-62 di PWTC, apabila ditanya wartawan, beliau menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyatakan keinginannya untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi [Lihat Disini].

Jika dilihat temuramah penuh Muhyiddin dengan The Star [Lihat Disini] [Lihat Disini], antara intipati penting kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah terdapatnya sokongan dari akar umbi yang mahu beliau bertanding jawatan yang lebih tinggi. Beliau juga berkata, keputusan untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi bergantung kepada pelbagai faktor dan ini perlu dipertimbangkan secara terperinci oleh beliau. Beliau juga menekankan kepada hak perwakilan untuk menentukan pemimpin pilihan mereka secara demokrasi.

Kilas dari seorang anak guru agama dari Johor ini bahawa ada cadangan dari pelbagai pihak agar beliau bertanding jawatan lebih tinggi menyebabkan air didalam dua kawah menggelegak serta-merta! Satu kawah milik seorang anak dan cucu Ulamak. Satu kawah lagi milik seorang anak kepada bekas Perdana Menteri.

Mereka yang rapat dengan kedua-dua tuan kawah ini semakin merasakan bahangnya. Kepanasan bertambah apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyambut baik kemungkinan bahawa Muhyiddin akan bertanding untuk jawatan samada Presiden atau Timbalan Presiden [Lihat Disini].

Apabila wartawan The Star bertanya samada beliau akan bertanding untuk jawatan tertinggi, Muhyiddin menjawab “I don’t know”. Beliau tidak menyatakan bahawa beliau akan atau tidak akan bertanding. Inilah ahli politik yang berpengalaman!

Persoalannya, sekiranya Muhyiddin menerima sokongan dari akar-umbi untuk jawatan yang lebih tinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden yang mana satu menjadi pilihan beliau??? Penulis akan menulis tentang isu ini sedikit masa lagi.

Apapun, keberanian Muhyiddin bercakap dan menyatakan kebenaran dan kehendak akar umbi secara terbuka menyebabkan beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang berprinsip! Jika difikirkan kepentingan diri, penulis merasakan tentunya lebih baik beliau berdiam diri dan terus berdondang lagu “kami sokong”. Apa tidaknya, sikap lantang beliau tentunya tidak disukai oleh kepimpinan tertinggi UMNO boleh menyebabkan beliau kehilangan jawatan dan kedudukan. Diketika pemimpian-pemimpin lain tidak berani bersuara kerana takutkan kehilangan jawatan dan kedudukan, Muhyiddin selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sanggup menggadaikan jawatan beliau.

Dalam politik, tiada yang mustahil dan tidak semuanya lojik. Muhyiddin boleh sahaja berdiam diri dan terus mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan akan datang. Sekiranya Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Najib masih mengekalkan sikap “berdiri teguh dibelakang” Presiden dan tidak bertanding menentang Pak Lah, maka kedudukan saf kepimpinan UMNO akan kekal seperti sekarang. Tetapi sejarah negara pernah membuktikan, Timbalan Perdana Menteri tidak semestinya akan menjadi Perdana Menteri. Begitulah juga, Timbalan Presiden UMNO tidak semestinya menjadi Presiden.

Seperti yang diketahui umum, Dato’ Seri Najib bukanlah pilihan Pak Lah untuk menjadi Timbalannya. Hanya selepas ditekan oleh Tun Dr Mahathir, maka Najib diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sekiranya Pak Lah ikhlas inginkan Najib sebagai Timbalannya, maka beliau akan segera membuat pengumunan bahawa Najib adalah Timbalannya sejurus selepas beliau diangkat sebagai Perdana Menteri. Spekulasi bertiup kencang ketika itu bahawa Pak Lah ingin memilih Muhyiddin sebagai Timbalannya dan bukan Najib.

Jika diteliti sejarah, adalah tidak mustahil sekiranya Pak Lah kekal sebaga Presiden UMNO selepas pemilihan UMNO akhir tahun ini, Najib mungkin akan diketepikan Pak Lah. Walaupun diberitakan Pak Lah bersetuju untuk menyerahkan kuasa kepada Najib pada tahun 2010, ianya mungkin hanya akan tinggal janji. Sebagai contoh, Dr Mahathir beberapa hari sebelum memecat Anwar Ibrahim pada 1998 menyatakan bahawa Anwar adalah pengganti beliau! Perlu diingat, Najib tidak mempunyai penyokong yang sefanatik penyokong Anwar yang sanggup bekorban apa sahaja untuk beliau. Sekiranya Najib diketepikan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri sekalipun, kesannya tidak sehebat semasa Anwar dipecat.

Manalah tahu, Pak Lah mendapat ilham agar menggantikan Timbalannya sekiranya beliau kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri selepas pemilihan nanti. Sekiranya ini berlaku, Muhyiddin mungkin mendapat jalan mudah. Maka, sekiranya Muhyiddin mengejar kedudukan, lebih baik beliau berdiam diri dan menunggu rezeki datang bergolek!

 

 

 

 

 

 

 

Published in: on May 13, 2008 at 7:13 am Comments (8)

The URI to TrackBack this entry is: http://radzijidin.wordpress.com/2008/05/13/pemilihan-umno-muhyiddin-menyebabkan-air-di-dua-kawah-menggelegak/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 Comments Leave a comment.

  1. Pada pendapat saya, satu lagi opsyen selamat bagi TSMY ialah untuk mencabar Najib di kerusi Timbalan Presiden. Biarkan saja Ku Li menentang Pak Lah untuk kerusi Presiden. Saya merasakan Ku Li-Muhyiddin adalah satu gandingan yang baik untuk membawa pembaharuan di dalam UMNO.

  2. Pak Lah tak pulak pernah menegur, menyindir atau memberi komen apabila Muhyidin bersuara ya.

    Barangkali Tun sebut2 nama Muhyidin hendak sedikit ‘kepastian’.

    Sendiri mau ingat bro…

  3. MHS, benar ada yang melihat gandingan Ku Li – Muhyiddin sebagai satu kemungkinan sekiranya Najib tidak bertanding menentang Pak Lah. Tp jika dibuat perkiraan, mungkin agak sukar untuk Ku Li memenangi jawatan tersebut berdasarkan sentuhan beliau dengan akar umbi. Mungkin sekiranya beliau melipatgandakan usaha untuk merapati akar umbi, kemungkinannya akan meningkat. Apapun, tiada lojik dalam politikkan. Jadi apa-apa sahaja boleh terjadi.

  4. Stingray,
    Baguslah Pak Lah menggunakan “elegent silence”nya dalam hal ini. Ini sebahagian dari strategi politik. Jika bersuara, mungkin ianya menunjukkan kerisauan Pak Lah terhadap tentangan yang bakal diterima. Orang akan melihat suara tersebut dari pelbagai aspek dan membuat pelbagai spekulasi.

    “Kepastian” apa yang diinginkan Tun?

    Apa yang dimaksudkan dengan “sendiri mau ingat” tersebut?

  5. Dari dahulu lagi saya melihat bahawa TSMY adalah calon paling layak mengganti TDM berdasarkan trek rekod kerja , visi dan kebolehannya berhujah baik dalam BM mahupun BI

  6. Berdasarkan senario hari ini, rata-rata mahu PL mengundurkan diri. Soalnya siapa yang paling layak selepas beliau. Dalam tradisi UMNO pastinya Tim @ salah seorang Naib Presiden
    1. DS Najib dilihat layak kerana jawatan Timbalan Presiden yang beliau pegang, lama dalam kabinet dan berlatarbelakangkan keluarga politik. Masalahnya adalah, beliau banyak diselubungi isu-isu kontrovesi yang sudah pastinya akan dieksploitasi oleh pembangkang. Dalam keadaan senario politik hari ini, isu-isu ini tidak banyak membantu memulihkan keadaan parti dan keyakinan rakyat pada kerajaan . Ini amat menyulitkan pemerintah dalam usaha memulihkan keyakinan rakyat kelak.

    2. TSMY – walaupun menafikan buat sementara waktu, tetapi rata-rata ahli parti melihat beliau sebagai calon yang paling layak.(setidak-tidaknya untuk masa yang terdekat ini). Pertama kerana jawatan yang disandang dalam parti, kedua, trek rekod beliau yang tidak pernah mengecewakan dalam apa jua kementerian yang beliau pegang. Kurang kontrovesi dan berkeupayaan berhujah yang baik. Punya visi pembangunan mirip TDM dan setakat ini dilihat antara anggota parti yang berani bersuara. Dalam situasi politik hari ini, kualiti seperti ini yang dicari oleh ahli.
    Selaku salah seorang pendokong parti, sudah pasti saya akan mencalonkan beliau selaku presiden.

  7. Sokong, gandingan hebat Ku Li dan TSMY. Tapi tidak kiralah siapa antara mereka, mahupun najib, pasti akan lebih bagus dr PL. Kecewa.

  8. Formula yang sebaiknya PL meletakan jawatan sekarang bagi meredakan ribut politik yang melanda umno sekarang.DSN memangku jawatan Presiden dan melantik DSMY sebagai timbalan.Lagi lama PL cuba bertahan ribut umno akan bertambah teruk dan umno akan hancur.Minta dilindung Allah.


Leave a Comment