Akhbar hari ini menyiarkan berita mengenai keputusan Datuk Seri Ong Ka Ting bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden MCA dalam pemilihan parti tersebut [Lihat Disini] [Lihat Disini] [Lihat Disini]. Sebelum ini Ong Ka Ting mengambil keputusan untuk menolak jawatan Menteri bagi menumpukan kepada usaha mengukuhkan MCA.
Menurut Ong Ka Ting seperti yang dipetik Utusan:
“Saya telah memutuskan tidak akan bertanding semula bagi mempertahankan jawatan presiden parti. Keputusan yang telah saya fikirkan dengan masak selepas mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan dalam parti dalam tempoh tiga bulan lepas.
“Ini bukan keputusan tergesa-gesa tetapi telah saya timbangkan lama dan selepas perundingan dalam masa yang panjang,”.
Malaysiakini pula memetik Ong berkata “Parti adalah milik ahli-ahlinya dan bukan individu tertentu,”. Kenyataan ini tidak disiarkan didalam Bernama dan Utusan yang memetiknya dari Bernama. Mungkin agak pedas bunyinya!
Itu Presiden MCA. Bagi Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau tetap dengan pendirian bahawa beliau akan bertanding mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO Disember ini.
Jika dilihat dari segi tekanan, Ong Ka Ting tidaklah ditekan oleh ahli-ahli MCA agar melepaskan jawatan sehebat tekanan ahli-ahli UMNO terhadap Abdullah.
Sebaliknya, Abdullah walaupun ditekan hebat, ingin terus mempertahankan jawatan Presiden UMNO.
Ong Ka Ting akan turun dengan bermaruah dan akan diigat oleh ahli-ahli MCA sebagai seorang Presiden yang tidak mementingkan jawatan sebaliknya mementingkan masadepan MCA dan kerelevenan MCA dikalangan masyarakat Cina di Malaysia.
Timbalan Presiden MCA, Dato’ Seri Chan Kong Choy juga dikatakan tidak akan mempertahankan jawatan beliau. Ini bukanlah satu kejutan kerana Kong Choy juga telah menolak untuk dicalonkan bertanding bagi kerusi Parlimen dalam pilihanraya yang lalu.
Sekiranya Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah bersikap seperti Ong Ka Ting, nescaya UMNO akan dapat diremajakan secepat mungkin dan ahli-ahli dapat bersatu dan bertaut semula.
Kenapa Abdullah tidak berbuat demikian? Wallahuaklam…
isu lain but quite important as well..from roslan sms Hadi awang right’s man..
semasa Majlis Perbandaran Seberang Perai sedang bersidang baru-baru ini. Seorang ahli majlis MPSP Teoh Seang Hooi bangkit mencadangkan agar papan tanda jalan-jalan utama dalam kawasan PBT berkenaan menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa Melayu. Alasannya bagi memberi kemudahan kepada para pelancong khususnya dari China yang ramai berkunjung ke negeri ini (Pulau Pinang).
Lalu Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus yang mempengerusikan mesyuarat itu menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda adalah selaras dengan peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Kemudian Teoh mencelah bahawa perlembagaan yang sama juga menyebut bahawa penggunaan bahasa-bahasa lain juga digalakkan sejajar dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Akhirnya Farizan menyatakan yang beliau perlu merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu. Kenyataan Farizan itu mengakibatkan seorang lagi ahli majlis, Oon Neow Soon bangkit meminta secara Farizan secara spesifik menyatakan bila beliau akan mengajukan isu ini ke kerajaan pimpinan KM Lim Guan Eng. Farizan menjawab beliau akan mengemukakannya pada mesyuarat EXCO bulan hadapan.
Mungkin kerana komposisi kaum di Pulau Pinang atau kedudukan politiknya maka Teoh dan Oon mempunyai alasan yang kukuh untuk menuntut penggunaan pelbagai bahasa untuk tanda-tanda jalan di kawasan mereka. Mereka menggunakan kuasa politik untuk membawa perubahan, itulah yang dibenarkan oleh proses demokrasi di negara kita tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan selagi mana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.
Tidakkah ini mungkin mendorong orang-orang PAS pula yang duduk dalam kerajaan di negeri-negeri lain untuk turut menuntut perlaksanaan cita-cita perjuangan mereka. Mereka juga ada kuasa politik, kalau di Pulau Pinag boleh mengapa pula di Kedah, Perak dan Selangor tidak boleh, atau bagaimana?
kita khayal dengan kuasa..
kita selesa dengan kuasa yang ada…
melayu tergadai kerana melayu juga.. dari dulu lagi pun..