[Pandangan] - Strategi Politik Anwar (Bhgn 2)

Ini adalah sambungan dari tulisan “Strategi Politik Anwar” yang penulis siarkan sebelum ini.

Strategi mengalihkan perhatian atau “diversion” nampaknya agak menjadi. Penyokong-penyokong Anwar seolah-olah terlupa isu utama yang sapatutunya diberi perhatian, iaitu laporan polis yang dibuat oleh pembantu Anwar yang beliau diliwat majikannya itu.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, penulis tidak berminat untuk menghuraikan laporan polis tersebut. Tiada siapa yang mengetahu perkara sebenar, kecuali pembantu Anwar yang membuat laporan polis, Anwar sendiri dan tentunya Allah yang Maha Mengetahui.

Penulis cuba menyambung strategi ”diversion” dan menyerang apabila diserang yang sedang digunakan oelh Anwar.

Laporan berita dan akhbar ada menyiarkan komen Anwar semalam bahawa pembantunya yang membuat laporan polis tempohari rapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib dan isteri beliau Datin Seri Rosmah [Lihat Disini]. Selain itu Anwar juga mendakwa terdapat akuan berkanun dari seseorang yang mengaitkan Dato’ Seri Najib dengan dakwaan liwat yang dibuat oleh pembantu Anwar [Lihat Disini].

Sejauh mana kewujudan dan kebenaran akuan berkanun tersebut, kita perlu tunggu dan lihat. Mungkin didalam jangkamasa terdekat ianya akan diletakkan di ruang cyber.

Penulis tidak berminat meneruskan spekulasi tanpa bukti. Namun, jika melihat strategi menyerang apabila diserang ini, sasaran siapa musuh utama mestilah tepat.

Jika dilihat kes tuduhan liwat keatas Anwar 10 tahun lalu, Anwar menggunakan strategi yang sama, iaitu menyerang apabila diserang dan ianya dimulakan dengan “diversion”.

Namun, sasaran musuh utama 10 tahun lalu adalah berbeza dengan sasaran pada kali ini. Jika 10 tahun dahulu, Perdana Menteri ketika itu Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun Dr Mahathir) menjadi sasaran utama, kali ini tidak lagi. 10 tahun dahulu pelbagai sumpah seranah dilemparkan oleh penyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada Dr Mahathir. Ianya banyak menjejaskan pandangan masyarakat kepada Dr Mahathir. Namun, Mahathir kekal menjadi Perdana Menteri Malaysia sehingga tahun 2003, iaitu lima tahun kemudian.

Serangan Anwar kali ini menjurus kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib. Benar atau tidak  Najib terlibat, belum dibuktikan. Namun, serangan demi serangan telah dihala kepada Najib, tanpa bukti yang kukuh.

Jika kita lihat, apa persamaan kedua-dua sasaran utama Anwar ini, iaitu Dr Mahathir dan Najib.

i) Kredibiliti -:

Dr Mahathir

Pelbagai pihak melemparkan tuduhan kepada Dr Mahathir bahawa beliau mengamalkan kronisme dan nepotisme. Kemuncaknya ialah apabila Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Dato’ Zahid Hamidi menimbulkan isu kronisme dan nepotisme didalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1998.

Tuduhan kronisme dan nepotisme tersebut dihalakan kepada sasaran utama iaitu Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir. Sebelum itu, pihak pembangkang telah meleparkan pelbagai tuduhan bagi menjejaskan kredibiliti Dr Mahathir.

Apabila tuduhan tersebut datangnya dari kepimpinan Pemuda UMNO sendiri, maka ianya menambahkan lagi kredibiliti terhadap tuduhan pembangkang sebelum ini. Dengan itu, masyarakat akan lebih mudah percaya terhadap tuduhan yang dilemparkan.

Maka, apabila Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, kredibiliti Dr Mahathir yang telah tercalar menjadi semakin buruk.

Oleh yang demikian, masyarakat melihat Dr Mahathir sebagai seorang yang zalim, mementingkan diri sendiri serta berniat amat jahat apabila menuduh Anwar terlibat didalam kes liwat.

Ini menyebabkan setiap tuduhan dan kecaman Anwar terhadap Dr Mahathir diterima bulat-bulat oleh masyarakat.

Najib

Demikianlah juga Dato’ Seri Najib. Sebelum timbulnya kes Altantunya, pelbagai usaha telah dilakukan oleh musuh Najib untuk menjejaskan kredibilit beliau. Apabila timbulnya kes Altantunya, musuh Najib cuba mengaitkan kes tersebut dengan beliau. Walaupun setakat ini masih belum dibuktikan bahawa beliau terlibat, tetapi tuduhan tersebut sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Najib.

Apabila masyarakat mula termakan dengan pelbagai tuduhan yang masih belum dibuktikan tersebut, maka mereka akan mudah menerima setiap tuduhan selanjutnya terhadap Najib. Ini kerana kredibiliti Najib telah terjejas dan beliau dilihat sebagai seorang yang tidak berintegriti.

Oleh yang demikian, Najib adalah sasaran terbaik kerana masyarakat telah mempunyai prasangka buruk terhadap beliau.

Sejarah telah membuktikan bahawa sasaran beliau terhadap Dr Mahathir yang telah terjejas kredibilitinya tidak mengena. Dr Mahathir dapat bertahan sehinggalah tahun 2003 dengan mantap. Beliau turun dalam keadaan masyarakat Malaysia dan dunia masih menghormati beliau (walaupun tentunya penyokong Anwar akan terus mencerca beliau).

10 tahun kemudian, Najib menjadi sasaran. Sekiranya tuduhan terhadap Najib mempunyai kebenaran dan dibuktikan tanpa ragu bahawa ianya benar, maka dengan sendirinya kredibiliti Najib akan hancur. Sebaliknya, jika ianya tidak terbukti, kredibilit Anwar akan terjejas.

Akan disambung……..

Nota: Anda tidak digalakkan mengamalkan strategi ini secara membuta tuli. Adalah tidak molek memburukkan orang lain dan menjejaskan kredibiliti orang lain tanpa bukti dan asas yang kukuh.

Kejarlah dan capailah segala kegemilangan, kefamousan, keglamoran, kekayaan, kesenangan di dunia sementara ini. Tetapi dalam usaha mengejar dan mencapainya, janganlah dijatuhkan orang lain. Kejayaan boleh dicapai tanpa memburukkan sesiapa, InsyaAllah.

Published in: on July 2, 2008 at 1:41 am

The URI to TrackBack this entry is: http://radzijidin.wordpress.com/2008/07/02/pandangan-strategi-politik-anwar-bhgn-2/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One Comment Leave a comment.

  1. On July 2, 2008 at 7:46 pm Mimi Liana Said:

    To me, the only reason, why tak ada serangan to Pak Lah is because Pak Lah is the only reason why Anwar bebas now… no longer in prison…Kira termakan budi lah…

Leave a Comment