1. Tulisan terakhir penulis bertajuk “UMNO Menunggu 9 Oktober”. Alhamdulillah, YAB Dato’ Seri Abdullah mengumumkan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO sehari sebelum itu.
2. Mesyuarat Bahagian juga telah bermula dan hampir selesai. Semalam, 2 November 2008, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO.
3. Najib menyapu bersih kesemua pencalonan dari semua Bahagian yang telah bersidang, kecuali Bahagian Gua Musang yang memberikan pencalonan kepada ketuanya, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).
4. Nampaknya sekali lagi Ku Li berputih mata apabila tidak cukup pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.
5. Pencalonan untuk Timbalan Presiden masih belum memberikan kemenganan tanpa bertanding kepada calon yang mendapat pencalonan terbanyak setakat ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
6. Sehingga ke hari ini (3 November 2008), Dato’ Seri Ali Rustam masih memerlukan 7 pencalonan untuk mencapai kouta bagi melayakkan beliau bertanding. Tan Sri Muhammad Mohd Taib pula memerlukan 11 pencalonan.
7. Sebanyak 58 Bahagian lagi masih belum mengadakan mesyuarat. Adakah Ali Rustam berjaya mendapat 7 pencalonan dari 58 bahagian tersebut, iaitu 12% dari 58 Bahagian?
8. Bagaimana pula dengan Muhammad Taib? beliau memerlukan 11 pencalonan dari 58 Bahagian yang bakal bersidang atau 19%?
9. Untuk Tan Sri Muhyiddin menang tanpa bertanding, beliau perlu mendapat sekurang-kurangnya 41 pencalonan dari 58 Bahagian.
10. Sekiranya Ali Rustam atau Muhammad Taib atau kedua-duanya mendapat cukup kuota, maka akan berlaku pentandingan 3 penjuru untuk jawatan Timbalan Presiden. Jika ini berlaku, banyaklah masa dan sumber akan dilibatkan.
11. Mengapalah tidak sahaja calon-calon untuk jawatan Timbalan Presiden bermusyawarah, duduk semeja, berbincang dari hati ke hati untuk kepentingan UMNO. Pilihlah mereka yang terbaik untuk jawatan tersebut. Dua orang lagi calon, boleh menarik diri dan memberi kemengangan kepada calon yang dirasakan paling layak.
12. Rasanya semuanya jelas tentang siapa yang paling sesuai untuk jawatan tersebut.
12. Masa yang ada untuk berkempen sehingga Mac kemudiannya boleh digunakan untuk memulihkan UMNO.
13. Tetapi dalam politik UMNO, ianya agak mustahil untuk berlaku!
Salam,
Pertandingan 3 penjuru memberi lebih pilihan kepada ahli UMNO. Tidak ada salah nya.
Yg rajin bekerja serta mempunyai rekod yang cemerlang pasti akan menang jua walau sebanyak manapun calon yg bertanding. Walau banyak mana duit “ditabur”, kalau hubungan dengar akar umbi dan tiada rekod kerja yang elok.. pasti tidak mendapat kejayaan.
Secara tidak langsung UMNO dapat buktikan kepada rakyat Malaysia yang demokrasi masih subur dan hidup di dalam UMNO. Bermakna, demokasi juga wujud dalam kerajaan serta negara.
Ahli UMNO pula akan yakin bahawa mereka mempunyai kuasa dalam mengubah UMNO dan bukan hanya menerima sahaja bulat-bulat arahan serta tidak tanduk pihak atasan. Bukan kah itu yang kita semua perjuangan kan selama ini? Ini semua sebahagian dari proses mengembalikan keyakinan ahli-ahli UMNO serta rakyat.
Mesej itu yang penting untuk kita sampaikan.
Wassalam
peribahasa berkata “jika takut dilanda ombak, jgn berumah ditepi pantai.”