Rafidah Tidak Berundur, Sharizat Tertekan!!

1. Dalam tulisan sebelum ini berkaitan isu samada Tan Sri Rafidah Aziz akan berundur semasa Pemilihan UMNO Mac nanti, penulis ada menyatakan “Apapun, kita tengok samada lojik dan rasional Rafidah dapat mengatasi egonya hari ini!”.

2. Mesyuarat Exco Wanita terus menyokong pelan peralihan kuasa Wanita UMNO pada Jun 2009. Rafidah juga enggan berganjak dari keputusannya untuk berundur pada Jun 2009.

3. Menurut Rafidah, beliau tahu bila beliau patut berundur!!!

4. Penulis tidak ingin menulis panjang tentang kenyataan Rafidah. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya dan membuat kesimpulan.

5. Apapun, keadaan ini akan semakin menekan Sharizat. Sekiranya beliau tidak menentang Rafidah, beliau perlu menentang Dato’ Kamalia Ibrahim untuk jawatan Naib Ketua.

6. Sekiranya beliau menentang Kamalia, soalnya adakah beliau akan menang mudah.

7. Tindakan beliau membuat kenyataan selepas mesyuarat Exco Wanita UMNO minggu lepas bahawa beliau masih melihat peralihan kuasa Wanita UMNO perlu diselaraskan dengan peralihan kuasa UMNO Induk, Pemuda dan Puteri, boleh memakan diri sekiranya beliau bertanding jawatan Naib Ketua Wanita.

8. Ini kerana, penyokong-penyokong Rafidah tentuanya tidak akan menyokong Sharizat untuk jawatan Naib Ketua atas sikapnya itu. Ini akan memberi kelebihan kepada Kamalia.

9. Sekiranya beliau kalah kepada Kamalia, maka beliau mungkin terus terpadam dalam arena politik Wanita UMNO.

9. Oleh itu, Sharizat mungkin akan meredah dan melawan Rafidah untuk jawatan Ketua Wanita. Sekiranya beliau kalah pun, beliau akan dipandang tinggi kerana kalah kepada seorang Iron Lady seperti Rafidah!

10. Apapun, jika penilaian yang dibuat Sharizat menunjukkan bahawa agak sukar untuk beliau menang jika menentang Rafidah, Sharizat mungkin akan mempertahankan jawatan Naib Ketua dengan syarat Rafidah memberi sokongan penuh kepada beliau.

11. Teringat bila Siti Zaharah menentang Rafidah!!!!

Published in: on November 13, 2008 at 11:06 pm Comments (3)

The URI to TrackBack this entry is: http://radzijidin.wordpress.com/2008/11/13/rafidah-tidak-berundur-sharizat-tertekan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 Comments Leave a comment.

  1. tidak semestinya ramai nak menyokong kamilia. Shahrizat memberi respon terhadap sokongan yg diterima untuk bertanding ketua. Semua org tahu yg tidak mahu kompromi adalah kamilia dan bukan nya shahrizat. Saya rasa tidak timbul isu penyokong rafidah akan menyokong kamila.

  2. salam,
    Saudara terlalu banyak berBLOG. Hentikan. Buka pintu rumah anda! Keluar, dan berjuang untuk RAKYAT. Saya menghormati kewibawaan saudara, namun wibawa itu perlu saudara hamburkan kepada RAKYAT, bukan lagi untuk “sahabat-sahabat” UMNO saudara. Mereka perlu dijauhi. Kerana mereka Melayu terus LAYU! Berjuanglah bersama jemaah yang lebih tawaduk dan IKHLAS.

    Sejahtera untuk saudara.

  3. Jikalau melihat sejarah rentak politik tanah air, saya yakin Sharizat akan menang. Sudah menjadi lumrah wanita umno walaupun tidak berapa menggemari ketua sediada tetapi demi perpaduan, akan tetap mencalonkan ketua tersebut. Akan tetapi, apabila ada penentangan,walaupun banyak mana majoriti pencalonan ketua sediada, walaupun segarang mana Ketua sedaiada, kita akan menyaksikan pemilihan berubah angin.

    Tambah pula, setiap keputusan kebelakangan ini dibuat oleh Rafidah dan disokong oleh EXCO pilihan Rafidah yang dilihat tidak berapa digemari oleh akar umbi oleh kerakusan mereka berpolitik. Buktinya, lihat sajalah apa terjadi pada siti zaharah, apa terjadi pada azlina.

    Apabila Rafidah menghentam Tun yang satu masa dahulu dijulang2 disembah2, semua akar umbi melihat, mendengar dan mengkaji. Ini adalah satu penghinaan dari seorang pemimpin kepada bekas pemimpin yang lain. Dan ini bukanlah ciri2 pemimpin yang kita mahukan…

    Pemilihan kali ini akan melihatkan keagungan suara akar umbi yang selama ini terpendam rasa. Mereka sudah muak dengan kepimpinan bagai diktator menghalang pemimpin2 berkalibar yang lain dan dalam masa yang sama bagaikan lalang mengampu pucuk pimpinan yang ada.

    Marilah kita sama2 saksikan keagungan suara akar umbi dan kalau Wanita UMNO mahukan sharizat menang, pastikan TIADA RASUAH POLITIK!!!!!


Leave a Comment