Karpal dan Anwar

1. Heboh di gelanggang Pakatan Rakyat apabila YB Karpal Singh membuat kenyataan bahawa Anwar patut berundur dari menjadi pemimpin Pakatan Rakyat dan bertaubat!.

2. Penulis bukanlah peminat atau penyokong Karpal. Penulis cukup tidak senang dengan hasrat Karpal untuk menyaman Paduka Seri Sultan Perak di Mahkamah. Itu satu tindakan kurang ajar yang menunjukkan dengan jelas bahawa Karpal tidak langsung mempunyai hormat kepada Institusi Kesultanan Melayu.

3. Apa yang penulis ingin sentuh sedikit ialah komen Karpal menyatakan bahawa Anwar mempromosikan budaya lompat parti yang telah menimbulkan masalah kepada PR.

3. Ish!ish!ish! nampaknya Karpal masih tidak faham budaya PR. Bagi penyokong PR, khususnya PKR, semua yang dilakukan Anwar adalah benar. Semua yang diperkatakan Anwar adalah benar. Apa sahaja yang keluar dari mulut Anwar adalah benar.

4. Maka sudah tentulah pendapat Karpal ini bagai mencurah air ke daun keladi.

5. Karpal harus sedar, bagi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, Anwarlah segalanya. Bagi mereka, Pakatan Rakyat hidup kerana Anwar Ibrahim bukan kerana Karpal Singh!

6. Mungkin juga penyokong-penyokong ini tidak pernah terfikir, jika ditakdirkan Allah Anwar tiada, siapakah yang bakal menggantikan tempat beliau?

Published in: on February 8, 2009 at 11:08 pm Comments (2)

The URI to TrackBack this entry is: http://radzijidin.wordpress.com/2009/02/08/karpal-dan-anwar/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 Comments Leave a comment.

  1. jika ditakdirkan Allah Anwar tiada, siapakah yang bakal menggantikan tempat beliau?

    Saya!!!

    hehehe
    gurau

  2. The thing is, PR ditubuhkan kerana Anwar. Keadilan untuk Anwar… Tiada Anwar… Tiada lagilah perjuangan. Betul tak?


Leave a Comment