Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
1. Telah lama penulis tidak menulis di blog ini. Ramai rakan-rakan yang tertanya-tanya.
2. Apabila pertama kali blog ini diwujudkan, penulis menggunakan blog ini untuk meluahkan pandangan berkaitan apa yang berlaku dalam Barisan Nasional, khususnya UMNO selepas Pilihanraya Umum ke-12 dan politik Malaysia amnya.
3. Pada pandangan penulis, perlu adanya perubahan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk memastikan UMNO dan BN terus relevan.
3. Selepas diumumkan bahawa YAB Dato’ Seri Abdullah akan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO dan seterusnya beliau akan menyerahkan kuasa kepada YAB Dato’ Sri Najib selepas Perhimpunan Agung UMNO, penulis bersyukur.
4. Jadi, selepas pengumuman YAB Dato’ Seri Abdullah, penulis tidak berhasrat menulis terlalu banyak tentang politik semasa khususnya UMNO sehinggalah selepas Pemilihan UMNO Mac ini.
5. Namun, memandangkan ada rakan-rakan dan sahabat handai ingin bertukar-tukar pendapat tentang pelbagai isu semasa khususnya apa yang berlaku di Perak, penulis membuat keputusan untuk kembali menulis lebih awal dari sepatutnya.
lama tak nampak update. akhirnya sudah kembali.hehe.. selamat kembali menulis.