1. Hari ini, secara rasminya Dato’ Seri Najib menangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6.
2. Semenjak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Najib difitnah tanpa bukti, dicerca, dihina dan dikutuk oleh pembangkang.
3. Pelbagai dakwaan tanpa bukti dibuat. Yang paling popular ialah tuduhan yang mengaitkan Najib dengan Altantunya.
4. Pelbagai usaha dibuat oleh pembangkang untuk memastikan YAB Dato’ Seri Abdullah kekal sebagai Perdana Menteri sehingga pilihanraya umum akan datang bagi memudahkan kerja mereka merampas pucuk pemerintahan negara dari Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-13.
5. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Najib telah ditakdirkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Mereka yang membuat pelbagai cerita bahawa perlantikan Najib tidak direstui oleh DYMM Yang Dipertuan Agung menggaru kepala!
6. Tugas Najib amat berat. Beliau perlu mengembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.
7. Jika beliau gagal, maka akan tercatat didalam sejarah bahawa Najib Razak adalah Perdana Menteri Malaysia terakhir dari Barisan Nasional!
8. Kepada Anwar Ibrahim, 16 September telah berlalu, 16 Oktober, 16 November, 16 Disember, 16 Januari, 16 Februari, 16 March telah berlalu. Belumpun sampai 16 April, pada 3 April Najib telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia.
9. Kepada Anwar Ibrahim, bersabarlah. Anda ditakdirkan tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2008 seperti yang diwar-warkan. Ahli-ahli parlimen yang anda katakan hendak melompat pada 16 September tersebut mungkin terus menukar niat mereka apabila melihat Najib menjadi Perdana Menteri. Simpanlah dahulu kerusi-kerusi anda.
10. Kepada Anwar Ibrahim, mungkin belum rezeki anda untuk menjadi Perdana Menteri. Anda dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993, sehingga sekarang 2009, anda belum ada rezeki untuk berada di kerusi Perdana Menteri. YAB Abdullah Badawi berada di kerusi Timbalan Perdana Menteri selama 4 tahun sebelum menjadi Perdana Menteri. Najib pula berada di kerusi Timbalan Perdana Menteri selama 5 tahun sebelum menjadi Perdana Menteri!
11. Akhir kalam, kepada mereka-mereka yang terlalu gemar memfitnah tanpa bukti , hentikanlah semua itu. Ianya hanyalah dosa kering yang tiada manafaatnya.
anuar acah jer tu…tak sangka pulak ada yg amik serius pasal tu…
mesti En Radzi tgh menghela nafas lega…huhuhu.
rasanya masih terlalu awal kalau nak rasa selesa hanay kerana najib jd PM hari ni…ini mungkin baru permulaan…perjalanan masih jauh perlu di lalui….