1. Pada awal perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri, Tun Abdullah dilihat sebagai seorang yang mendapat keyakinan tinggi dari rakyat Malaysia.
2. Imej beliau sebagai “Mr Clean” menjadikan beliau pada masa itu seorang yang cukup disenangi oleh rakyat Malaysia.
3. Pilihanraya Umum ke-11 adalah natijah penerimaan rakyat Malaysia terhadap Barisan Nasional apabila BN memenangi lebih 90% kerusi Parlimen. Ianya adalah peratusan tertinggi pernah dicapai oleh BN.
4. Sayangnya, panas tidak sampai kepetang. Hujan turun ditengah hari dan melenyapkan kejayaan tersebut.
5. Janji yang tidak dilaksanakan, isu campurtangan keluarga, isu keputusan tunggang terbalik kerajaan, isu perpaduan kaum, isu berkaitan agama dan sebagainya mencurah-curah ibarat hujan yang melenyapkan catatan kejayaan BN dalam Pilihanraya Umum ke-11.
6. Akhirnya, rakyat menterbalikkan kejayaan BN pada Pilihanraya Umum ke-11 dan menjadikan ianya satu mimpi ngeri kepada BN pada Pilihanraya Umum ke-12 apabila BN gagal mendapat majoriti 2/3 di Parlimen. Ini juga merupakan satu sejarah untuk BN.
7. Selepas dijurus dari kiri, kanan, atas dan bawah selepas Pilihanraya Umum ke 12, akhirnya semalam 3 April 2009, Tun Abdullah berundur dengan cara terhormat sebagai Perdana Menteri Malaysia.
8. Apapun kelemahan yang diwar-warkan terhadap Pak Lah, InsyaAllah akhirnya lenyap selepas beliau berundur.
9. Kepada mereka yang mengenali Pak Lah secara peribadi, tentulah mereka menyatakan sebagai seorang manusia, Pak Lah seorang yang baik, mudah didekati, mempunyai imej yang bersih dan sebagainya.
10. Apapun yang telah berlaku sepanjang Pak Lah menjadi Perdana Menteri adalah benda yang telah berlalu. Baik-buruknya sekurang-kurangnya Malaysia masih kekal sebagai sebuah negara.
11. Namun, kesediaan beliau berundur adalah satu keputusan yang terhormat. Jika diambil kira orang disekelilingnya, tentulah mereka tidak mahu melihat Pak Lah berundur hanya selepasas 5 tahun.
12. Terima kasih Pak Lah!
13. Kepada Perdana Menteri baru, YAB Dato’ Seri Najib, belajarlah dari sejarah apa yang berlaku semasa kepimpinan Pak Lah. Tidak dapat dinafikan bahawa salah satu punca kepada isu-siu yang timbul sepanjang Pak Lah menjadi Perdana Menteri ialah para penasihat beliau sendiri.
14. Oleh yang demikian, bagi memastikan sejarah tidak berulang, Najib perlulah memilih setiap seorang penasihat disekeliling beliau dengan amat teliti!