[Pembangkang] - Projek Babi Di Selangor Dibabikan Rakyat!

Hadiah projek babi bernilai RM100 juta oleh kerajaan Selangor mendapat bantahan keras dari pelbagai pihak, terutamanya mereka yang tinggal dikawasan berdekatan dengan tapak cadangan projek. Biasanya sebarang hadiah disambut baik penerimanya. Nampaknya, hadiah yang cuba disampaikan oleh kerajaan Selangor ini hanya disambut baik oleh segolongan pihak sahaja. Ramai yang menentangnya dan membabikan projek tersebut.

Kenyataan dari bekas Exco Selangor yang dipertanggungjawab melaksanakan projek tersebut, Datuk Tang See Hang berkata, kerajaan sebelum ini hanya meluluskan penggunaan sistem bioteknologi oleh syarikat dari Jerman. Katanya lagi kajian-kajian teknikal seperti Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), persetujuan penduduk dan sokongan pihak berkuasa tempatan (PBT) belum pernah dibuat [lihat disini].

Oleh yang demikian kenyataan YAB MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan projek tersebut diluluskan oleh kerajaan sebelum ini dibawah kepimpinan Dato’ Seri Khir Toyo amatlah mengelirukan. Sekiranya kenyataan bekas Exco Selangor itu benar, Tan Sri Khalid sepatutnya menceritakan hal sebenarnya.

Sekiranya benar ianya diluluskan kerajaan baru, apa yang hendak ditakutkan. Kerajaan negeri perlulah lebih bertanggungjawab keatas setiap keputusan yang dibuat.

Dalam Buletin Utama TV3 malam tadi, pihak TV3 telah menerumah seorang ketua kampung yang pernah dibawa ke Jerman untuk melihat projek itu. Menurut ketua kampung tersebut, apa yang dilihat beliau di Jerman, lokasi tapak projek ternakan babi moden disana terletak jauh dari kawasan petempatan iaitu sekitar 5 jam perjalanan dengan bas. Katanya, projek yang hendak dijalankan disepang ialah sekadar 5 minit perjalanan dati kawasan petempatan melebihi 30,000 orang. Tambahan pula, rata-rata penduduk dikawasan itu beragama Islam.

Sebagai sebuah kerajaan yang opportunis, penulis yakin sekiranya kerajaan negeri Selangor ingin meneruskan projek tersebut, mereka akan memilih satu kawasan baru. Sekiranya tidak, mungkin mereka kehilangan puluhan ribu undi dalam pilihanraya akan datang. Berani!!!!! Cubalah…..

 

Published in: on April 11, 2008 at 12:47 am Comments (6)

Pembangkang - Khir Toyo vs Kerajaan Selangor Tentang Projek Babi

Seorang pembaca blog ini ada meninggalkan satu Kenyataan Media MB Selangor berkaitan beberapa isu termasuklah isu projek ladang babi moden[lihat disini]. Ianya juga dilaporkan Harakah [lihat disini]

Menurut YAB MB Tan Sri Khalid, “Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Dato’ Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008.” Itu kata MB Selangor.

Sebaliknya, Utusan [lihat disini] melaporkan mantan MB Selangor YB Dato’ Seri Khir Toyo berkata “Dalam perbincangan itu, kita hanya meluluskan projek ini sekiranya saiz ladang ternakan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Bagaimanapun, kita menolak cadangan ini atas faktor saiz dan kita tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan dan keputusan secara muktamad supaya projek ini dilaksanakan.”

Menurut Khir seperti yang dilaporkan Utusan, saiz ladang yang dicadangkan terlalu besar. Menurutnya lagi dasar kerajaan negeri ketika itu adalah menetapkan setiap ladang ternakan babi hanya untuk menampung keperluan rakyat negeri Selangor iaitu sekitar 250,000 ekor dan bukan bagi tujuan eksport secara besar-besaran.

Begitulah scenarionya isu ladang babi di Selangor ini. YAB Khalib Ibrahim menyatakan ianya diluluskan oleh kerajaan BN sebelum ini. Sebaliknya YB Khir Toyo mantan MB menyatakan Exco waktu itu tidak meluluskanya. Yang keliru ialah rakyat.

Jadi, apa yang terbaik, ialah untuk YAB Khalid menyatakan kebenaran. Adakah ianya sekadar dibincangkan di mesyuarat Exco semasa Khir Toyo menjadi MB ataupun satu keputusan telah dibuat oleh Khir Toyo. Perbincangan tentang sesuatu projek adalah jauh berbeza dengan kelulusan mengenai sesuatu projek. Sekiranya benar ianya diluluskan oleh Kerajaan BN pimpinan Khir Toyo dahulu, tunjukkan bukti menyokong hujah Tan Sri.

Dari kedua-dua ulasan pemimpin dan bekas pemimpin kerajaan Selangor, timbul beberapa lagi persoalan.

i) Adakah peruntukan RM100juta itu untuk mengeluarkan babi bagi pasaran Selangor sahaja atau untuk dieksport?

ii) Apakah adil membelanjakan RM100juta dari peruntukan kerajaan negeri untuk mengkayakan beberapa kerat penternak babi?

iii) Apakah bajet RM100juta itu dibuat oleh kerajaan negeri atau dicadang oleh syarikat tertentu? Sekiranya syarikat tertentu, nyatakan nama syarikat terbabit kepada umum.

 

 

Published in: on April 9, 2008 at 1:19 am Comments (2)

Pembangkang - Taresa Kok: Perkampungan China Untuk Tarik Pelabur. Adakah Ini Satu Keperluan?

The Star Online [lihat disini] melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk membina sebuah perkampungan China yang lengkap dengan kawasan perumahan, Kolej atau Universiti dan sekolah antarabangsa yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa China. Ini adalah bagi menarik pelabur ke negeri itu.

Persoalannya:

i) Adakah ini perlu? Mengapa negara seperti Australia yang merupakan antara rakan perdagangan terbesar China tidak pun mewujudkan perkampungan China di negara mereka?

ii) Adakah dengan adanya perkampungan ini jumlah pelaburan China di Selangor akan meningkat dengan signifikan?

iii) Apakah mempunyai perkampungan sendiri menjadi keutamaan kepada pelabur China didalam membuat keputusan untuk melabur? Jika ianya menjadi keutamaan, tentulah tiada pelaburan China di negara-negara yang tidak mempunyai perkampungan China. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pelaburan dari syarikat-syarikat dari China ada dimana-mana negara walaupun tiada perkampungan China diwujudkan.

iv) Apakah pula selepas ini Kerajaan Selangor akan membina perkampungan India untuk menarik pelabur-pelabur dari India?

v) Bagaimana pula perkampungan Arab untuk menarik pelabur-pelabur dari Timur Tengah?

vi) Apakah ada agenda lain disebalik cadangan Teresa Kok itu?

Itulah, dulu diluar kerajaan boleh sahaja berkokok dan pertikaikan apa sahaja keputusan kerajaan. Sekarang, bila sudah berkuasa, sekali berkokok, semua orang tengok! Orang lain pula akan berkokok kepadanya…Termasuklah penulis…

Published in: on April 8, 2008 at 8:08 am Comments (9)

Pembangkang - Selangor Peruntukkan RM100 juta Untuk Ladang Khinzir. Adakah ini satu prioriti?

Berikut adalah petikan dari blog YB Teresa Kok

——————————————–

Selangor State Exco: Our Team, Our Hope

[Photo]
This is the line up of Selangor state exco.

Dear friends, my blog and Facebook account have become cobweb for past two weeks. I have not had the chance to even open my email for past two weeks. My life becomes much more busier after swearing in as state exco, so many people want to see me, besides government business, I am also trying my best to meet the constituents in order to thank them and build rapport with them.

So, if you don’t hear from me from Facebook and email, very very sorry lah. I am trying my best to please and meet the needs of everyone here.

Why are we worried about pigs?
Oh ya, on my previous posting that has sparked of controversy, where I have innocently displayed a photo of roast pigs on the blog. Frankly, I really don’t understand why are some people so sensitive about pigs and pork. I have seen pigs running around in Malay village when I travelled to Tumpat at Kelantan few years ago. I always told the BN MPs in Dewan Rakyat that pig is a creature of God too.

Yesterday, the Selangor state exco meeting approved a RM100 million modern pig farm in Selangor. I felt so proud to see this decision being approved by our state excos. The exco who in charge of agriculture port folio is Yaakob from PKR. He is an expert in the field of modern agriculture. I told the excos in the meeting that let the Selangor modern pig farm be an example to all other state governments.

Below are some photos taken on the day when we swore in as exco of Selangor state government.

[Photo]
The four Chinese excos in S’gor state. This photo taken at the request of Chinese Press. Fr left: Ronnie Liu, me, Elizabeth Wong & Ean Yang Hian Wah

[Photo]
The Selangor sultan’s close relatives and me. They advice me to wear baju kurung to palace in future, they said my blouse is a bit short. What do you think?

[Photo]
Indian members and supporters gave garland to we new excos outside the palace. They are so sweet.

——————————————————–

Mengikut maklumat didalam blog YB Teresa, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk ladang khinzir moden di Selangor. Persoalannya:

i) Adakah ini satu prioriti dalam pembangunan Selangor?

ii) Adakah ini kehendak pengundi-pengundi Melayu di Selangor yang menyokong pembangkang dalam pilihanraya lalu?:-)

iii) Kenapakah kerajaan Selangor perlu mengeluarkan hingga RM100juta untuk mewujudkan ladang moden? Siapakah yang akan menternak khinzir di ladang ini. Jika ianya bukan milik kerajaan negeri, maka beruntunglah penternak khinzir. Penternak lembu, kambing, ayam dan sebagainya di Selangor tidak mendapat bantuan sebegitu rupa. Adilkah ini??

Fikir-fikirkan!!

Published in: on April 5, 2008 at 10:11 am Comments (4)